SMK PUTERIJAYA
- Sekolah Menengah Kebangsaan Puterijaya pada awal penubuhannya dikenali sebagai Sekolah Menengah Jalan Pasar, Kuala Lumpur.
- Dimulakan dengan Sekolah Menengah Rendah yang menampung pelajar-pelajar dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga dan dikategorikan dalam gred C.
- Majlis perasmian sekolah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Mohd Khir Johari, Menteri Pelajaran ketika itu, pada 16 November 1968.
- 969 - Sekolah Menengah Jalan Pasar telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Puterijaya, bersesuaian dengan peranan sekolah yang menampung secara keseluruhan murid-murid perempuan. Pada tahun ini, jumlah murid ialah seramai 491 orang dengan tenaga pengajar seramai 15 orang dan staf sokongan seramai lima orang.
- Pada awal pembukaannya, sekolah ini hanya mempunyai tiga buah blok bangunan, iaitu Blok A,B dan C yang dapat menampung 12 buah bilik darjah. Antara kemudahan yang disediakan ketika itu ialah pejabat sekolah, bilik guru, bilik masakan, bilik jahitan, dan makmal sains.
- 1980 - Blok D siap dibina dan dapat menampung lima buah bilik darjah, dua buah makmal sains, bilik masakan, bilik jahitan dan perpustakaan. Bilik media dan bilik komputer disediakan di blok ini pada tahun 1986. Kemudahan surau, bilik perabot dan gelanggang kecil untuk permainan ping pong disediakan pada tahun 1988.
- 2002 – Tingkatan Enam Aliran Sains dan Aliran Sastera mula diperkenalkan di sekolah ini.
- Dari 1966 hingga Mei 2016 – SMK Puterijaya telah dipimpin oleh 12 orang pengetua. Pengetua sekarang ialah Puan Rose Haliza binti Kamaludin. Pada tahun 2015, enrolman murid ialah 479 orang dengan bilangan guru seramai 60 orang dan enam orang staf sokongan
- Mei 2016-kini - SMK Puterijaya telah menerima pengetua baru iaitu Puan Maryati Bt Rahmani. Pada tahun 2018, enrolmen pelajar ialah 244 orang iaitu 80 orang pelajar Tingkatan 5 dan 164 orang adalah pelajar Tingkatan Enam Atas. Bilangan guru adalah seramai 85 orang dan enam staf sokongan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan