Muet test
TINGAKATAN 6
Pelajar tingkatan enam telah menjalankan menjalankan muet pada minggu lepas dan berjalan dengan lancar.Segala urusan dan masalah tidak mensulitkan kedaaan pada hari tersebut.Guru-guru dan pelajar arus perdana memberi kerjasama dalam menjayakan muet bagi tingkatan enam.Muet telah dijalankan die bilik multimedia dan bilik bahasa.
SMK PUTERIJAYA
PARKIR MOTOSIKAL
Tempat parkir motosikal
Pelajar-pelajar yang menaiki motosikal ke sekolah telah diarahkan untuk menggunakan pagar C.Pagar ini akan dibuka pada pukul 7.00 pgi dan ditutup pada pukul 7.30 pagi.Pelajar yang lewat akan diambil tindakan dengan melakukan kerja-kerja amal di sekolah atas arahan Encik Affendi.
CUTI TAHUN BARU CINA
PERAYAAN TAHUN BARU CINA
1.Sekolah akan mengadakan aktiviti pada hari rabu minggu depan bagi mendedahkan pelajar tentang budaya cina di Malaysia.
2.Kebanyakan pelajar memberi sokongan untuk menghiasi persekitaran sekolah dengan perhiasan yang cantik belaka.
Sekolah Menengah Kebangsaan Puterijaya | |
---|---|
Smk Puterijaya | |
Alamat | ![]() |
Telefon | 392212494 |
Faksimili | 392228642 |
Klasifikasi | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan |
Moto | 'Maju Jaya' |
Slogan | 'Kami Sayang Puterijaya' |
Kod Sekolah | WEA0198 |
Pengetua | PN MARYATI BINTI RAHMANI |
Penolong Kanan Pentadbiran | -PN KASSNINA |
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar | -PN NORLIZA ABD KHAIR |
Penolong Kanan Kokurikulum | -PN SARIMAH |
Tahun dirasmikan | - |
SEJARAH SEKOLAH
SMK PUTERIJAYA
- Sekolah Menengah Kebangsaan Puterijaya pada awal penubuhannya dikenali sebagai Sekolah Menengah Jalan Pasar, Kuala Lumpur.
- Dimulakan dengan Sekolah Menengah Rendah yang menampung pelajar-pelajar dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga dan dikategorikan dalam gred C.
- Majlis perasmian sekolah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Mohd Khir Johari, Menteri Pelajaran ketika itu, pada 16 November 1968.
- 969 - Sekolah Menengah Jalan Pasar telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Puterijaya, bersesuaian dengan peranan sekolah yang menampung secara keseluruhan murid-murid perempuan. Pada tahun ini, jumlah murid ialah seramai 491 orang dengan tenaga pengajar seramai 15 orang dan staf sokongan seramai lima orang.
- Pada awal pembukaannya, sekolah ini hanya mempunyai tiga buah blok bangunan, iaitu Blok A,B dan C yang dapat menampung 12 buah bilik darjah. Antara kemudahan yang disediakan ketika itu ialah pejabat sekolah, bilik guru, bilik masakan, bilik jahitan, dan makmal sains.
- 1980 - Blok D siap dibina dan dapat menampung lima buah bilik darjah, dua buah makmal sains, bilik masakan, bilik jahitan dan perpustakaan. Bilik media dan bilik komputer disediakan di blok ini pada tahun 1986. Kemudahan surau, bilik perabot dan gelanggang kecil untuk permainan ping pong disediakan pada tahun 1988.
- 2002 – Tingkatan Enam Aliran Sains dan Aliran Sastera mula diperkenalkan di sekolah ini.
- Dari 1966 hingga Mei 2016 – SMK Puterijaya telah dipimpin oleh 12 orang pengetua. Pengetua sekarang ialah Puan Rose Haliza binti Kamaludin. Pada tahun 2015, enrolman murid ialah 479 orang dengan bilangan guru seramai 60 orang dan enam orang staf sokongan
- Mei 2016-kini - SMK Puterijaya telah menerima pengetua baru iaitu Puan Maryati Bt Rahmani. Pada tahun 2018, enrolmen pelajar ialah 244 orang iaitu 80 orang pelajar Tingkatan 5 dan 164 orang adalah pelajar Tingkatan Enam Atas. Bilangan guru adalah seramai 85 orang dan enam staf sokongan.
PENUBUHAN KOLEJ TINGAKATAN 6
SMK Puterijaya telah beroperasi selama 20 tahun genap dan ingin dibubarkan pada tahun 2018.Sekolah ini akan dijadikan sebagai pusat tingkatan 6 secara rasmi pada tahun 2019.
![]() |
Barisan pentadbir dahulu |
Langgan:
Catatan (Atom)
Muet test TINGAKATAN 6 Pelajar tingkatan enam telah menjalankan menjalankan muet pada minggu lepas dan berjalan denga...